Monday, March 20, 2017

CARA HILANGKAN SENGAL BADAN

Sapa kat sini ada hari malas kadang kadang rasa nak dibelai je? belai apa tu jangan salah paham. maksud aku manjakan diri di SPA

Paling tidak pon sebulan sekali mesti nak bermassage, best gila kot. menurut tukang urut tempat aku selalu pegi tu urat kita ni bole tegang kalau lama tak urut. hmm, mungkin ada betulnya kan. mungkin jugak dia kelentong aku sebab nak aku selalu diurut, hahaha

aku ada la tempat urut fevret kat Bangi sana tu, rate dia letak pon berpatutan iaitu RM110/2 jam. Kebiasaannya aku akan ambik pakej 2 jam baru rasa segar sikit badan ni. 

tukang urut yang aku biasa request tu dari indonesia, urutan dia lebih kepada relaxing, kononnye selepas penat bekerja nak rehatkan badan tu

lepas je urut 2 jam tu, tukang urut ni akan sedikan secawan halia madu, sedap tau memang berkesan untuk buang angin. di sebabkan sedap so aku pon tanya la macam mana akak buat. dia pon bagitahu lah, bahan-bahan seperti halia, serai, gula melaka di rebus sampai mendidih kemudian di tapis airnya.

korang yang sakit-sakit badan nak buang angin tu boleh lah try ye. aku baru je try buat nak amalkan tengok apa jadi. 

nak lagi best, amalkan la makan Ostematrix 4 biji sebelum tidur, di samping meringankan badan calcium sangat penting untung tulang kita kot.


Thursday, March 16, 2017

KACANG POOL HAJI, FOOD COURT PRESINT 9 PUTRAJAYA

Kadang-kadang sebagai suri rumah ni ada hari mood malas masaknya jugak kan, begitu jugak lah aku. Ada ketika rasa nak makan kat luar sambil ambik angin malam. hehehe

Buat peminat Kacang pool, boleh lah try makan di food court presint 9 Putrajaya. untuk review aku personally yang tak penah makan kacang pool ni memang sedap. Harga RM6/set , kalau tengah lapar boleh oder extra.

Nak ke sini senang je, korang boleh waze food court presint 9, akan sampai lah korang di sini. tapi kacang pool ni hanya dibukak malam saje, sebab hari aku pegi masa lunch hour tutup

Kacang Pool Haji, Presint 9

Esok nye, rasa nak makan kacang pool lagi. so mula la cubaan aku mengreplicate kacang pool ni walaupun bahan-bahan tak cukup hehe. Rasa yang aku buat tu plus minus sama dengan yang makan kacang pool haji tu walaupun barang tak cukup. Tunggu buat lagi sekali, bahan-bahan semua cukup baru aku share resepi =P

Hasil Tiruan, haha





Monday, March 13, 2017

MAKANAN TAMBAHAN UNTUK KULIT

Hai,

Semua perempuan nak cantik bukan? jadi kecantikan bukan sahaja perlu dijaga luaran sahaja, tapi perlu menitik beratkan soalan kecantikan dalaman jugak tau.

so, kat sini aku nak share beberapa makanan tambahan yang boleh maintainkan kecantikan dalaman korang. kalau dalamannya sihat so akan terpancarlah kejelitaan diwajah, gituh..

antara makanan tambahan yang aku nak cadangkan adalah:

ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
- Mempunyai kandungan protein yang tinggi
- Protein adalah bahan utama dalam pembentukan tisu 
- Protein jugak membantu penghasilan collagen dalam badan

VITA C PLUS
- Vitamin C shaklee mengandungi 7.5bijik buah oren
- Membantu penghasilan collagen dalam badan
- Disamping mencantikkan kulit, ia jugak membantu menguatkan sistem imun

VITAMIN E
- Melambatkan proses penuaan, mengurangkan kedut, garis halus dan parut
- Anti-oksidan, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas
- Meningkatkan keanjalan salur darah dan membaiki kitaran haid

B-COMPLEX
- Menghasilkan sel darah
- Mengurangkan stress
- Menaikkan seri muka
- Membaiki masalh rambut gugur dan beruban




Untuk pertanyaan lebih lanjut atau untuk membuat pembelian bole hubungi nomber di bawah
017.2934098

atau 

pembelian secara online (click gambar dibawah): 

Friday, February 24, 2017

CARA MUDAH CONTURING DAN HIGHLIGHTING WAJAH

Teknik make-up ini sering di gunakan untuk memberi ilusi dan definisi pada wajah supaya struktur wajah nampak lagi jelas. 

Sesetengah wanita mungkin beranggapan teknik ini susah untuk dilakukan, namun kalau belajar teknik yang betul tak susah sebenarnya.


Conturing adalah bertujuan untuk membantu menyembunyikan bahagian tertentu pada wajah, contoh nya seperti pipi terlalu tembam sehingga tak nampak tulang pipi, jadi dengan menggunakan teknik conturing dapat memberi ilusi wajah yang lebih runcing dan berdefinasi. 

Contoh foundation dan highlighter stick

Apa yang diperlukan untuk mendapatkan make-up ni?

Untuk membuat teknik conturing memerlukan foundation yang tone nya lebih gelap dari warna foundation anda, ini bertujuan untuk bila kita apply kan diwajah akan nampak la effectnya. selalunya makeup artis selalu guna stick foundation, boleh jugak guna yang dalam bentuk powder. jika nak guna stick foundation memerlukan skill blending yang agak power. untuk permulaan yang baru nak belajar saya suggest guna yang dalam bentuk powder dulu. 

Aku guna pallet ni jer dari Urban Decay, complete set 

Item ke dua yang perlu ada adalah highlighter, bertujuan untuk menonjolkan point-point seperti batang hidung supaya nampak lebih. selalunya highlighter digunakan dibatang hidung, dagu, kening dan sedikit didahi. juga terdapat dalam bentuk stick dan powder. kebiasaannya material di dalam highlighter agak shimmery untuk memberi kesan glowing pada wajah. 

Bole refer gamabr ni macam mana nak apply

Untuk blend kedua item di atas boleh guna beauty blender atau blending brush. ikut keselesaan  dan skills masaing-masing nak guna yang mana. teknik blending jugak penting untuk mendapatkan end result yang cantik. untuk yang tak biasa, practise adalah sangat penting untuk dapatkan teknik blending yang cantik. jadi saya simpulkan, teknik blending yang betul adalah penting untuk teknik make-up ni.









Thursday, February 23, 2017

DAGING MASAK BLACK PAPPER SIMPLE

Hai, 

Hari ni aku nak share lagi satu resepi yang sangat mudah, tapi sedap. Resepi ni sangat cepat di buat, kalau tiba-tiba rasa lapar dalam 5-10 minit dah bole siap. tapi tengok skill korang masak lah, kalau yang berhalusi potong bawang pon lambat maka lambat lah jadi nya, hehe

Okay, bahan yang diperlukan adalah seperti berikut
  • Daging lembu
  • Sos tiram
  • Black papper (serbuk yang kasar)
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Garam
  • Minyak untuk tumis
  • Daun bawang
Mula-mula, hiris daging tu ikut korang la nak macam mana korang suka, aku lebih suka lebar tapi nipis-nipis. kemudian basuh daging tu bersih sebelum mula masak.

Mula masak dengan tumis bawang putih sampai naik bau dan garing. masukkan daging yang dah dihiris tadi, masukkkan sos tiram, gaul-gaul bagi sekata. lepas tu, masukkan black papper, kacau rata. bila dh masak masak, masukkan hirisan bawang besar tadi. siap! nak lagi best tabur daun bawang. 

Senang tak?



Wednesday, February 22, 2017

RESEPI GARLIC BUTTER CHICKEN

Hai,

Pening nak masak apa dinner malam ni? asyik ulang menu sama je? haa, hari ni aku nak share resepi yang agak mudah korang boleh try kat rumah iaitu garlic butter chicken,




Bahan yang diperlukan simple je..
  • Dada ayam
  • Butter (aku guna buttercup)
  • Susu cair
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Minyak
  • Daun kari
  • Tepung jagung
Potong dada ayam panjang-panjang macam ni, tapi terpulang nak macam mana

Cara nak masak resepi ni mudah je, mula-mula masukkan minyak dalam kuali. tujuan guna minyak ni sebab tak nak butter korang tu hangus. 

Kemudian masukkan butter, biar butter tu cair kemudian masukkan bawang putih dan daun kari, goreng sampai garing dan naik bau.


Panas kan butter dengan minyak

Kemudian masukkan bawang besar dan cili padi, bila dah layu, bole lah masukkan susu cair tadi. bole tambah kunyit untuk warna. 


Bahan untuk tumis

Bila dh mendidih, boleh masukkan sedikit bancuhan tepung jangung. 

Untuk ayam pulak, aku goreng dengan tepung tempura yang segera tu. bila dah siap boleh gaul sos besama ayam tadi, tapi aku suka biar asing, biar ayam tu still crunchy..siap!



BERPANTANG BESAMA VIVIX

Berpantang bersalin secara normal atau pembedahan banyak cabaranya.


Tambahan pula emosi tidak menentu, hormon yang tidak stabil, badan penat. baby pulak meragam terbangun sejam sekali nak susu, lepas tu lampin pulak basah, menagis lagi. 

Mana dengan nak recover dapat kan tenaga selepas bersalin, nak jaga baby lagi kan. ganjaran nye besar, sebab tu syurga di bawah tapak kaki ibu.



Kat sini saya nak cadangkan vivix yang boleh kembalikan kesegaran ibu selepas bersalin. kenapa vivix?

hasil kajian klinikal mendapati vivix mampu membantu dari segi:
mengoptimakan potensi sel tubuh
  • membaik pulih sel tubuh
  • mempertingatkan tenaga sel tubuh
  • mempertingkatkan sistem pertahanan sel tubuh
insyallah dengan mengamalkan vivix sepanjang tempoh berpantang mampu:



  • memulihkan sel-sel yang rosak akibat proses kelahiran
  • mengembalikan tenaga pada sel akibat proses kelahiran
  • pelihara sel yang masih sihat


Berminat nak cuba viviv bole terus whatsapp 017.2934098

atau 

Pembelian vivix secara online, click di bawah: